Wednesday, April 27, 2011

'PIONEER' Tahun 1981~1983 SMK Meru, Klang

Salaam..buat semua sahabat SMK Meru 1981~1983 yang dihormati..maaf terlebih dahulu jika sekiranya saya ada mengambil foto2 peribadi untuk diabadikan diblog ini . Saya tergerak hati untuk membuat blog untuk kenangan buat sahabat2 semua sementelah 1st Reunion@Pertemuan Pertama Bekas Pelajar-Pelajar 1981~1983 akan diadakan pada 9hb Julai, 2011 ini.

Diharapkan blog yang serba sederhana dan serba ringkas ini akan dapat memberikan manfaat kepada sahabat semua demi untuk menyambung silaturrahim yang mungkin telah terputus atau merapatkan ikatan yang sedia ada terjalin baik antara sahabat2 semua.

Inysa-Allah blog akan dikemaskini untuk menyalurkan maklumat terkini tentang Bekas Pelajar2 yang terlibat dari masa ke semasa. Komen yang membina adalah dialu-alukan Diharap blog ini juga boleh dijadikan tempat berkongsi maklumat tentang hal2 semasa dan apajua berita demi kebaikan bersama.

Untuk blog2 yang menarik dan bermanfaat juga sebarang iklan dari sahabat semua adalah dialu-alukan, sila beri alamat pautan (link) untuk dipaparkan diblog ini.

Jika sekiranya rakan2 mempunyai maklumat terkini atau apa sahaja berita samada baik atau sebaliknya termasuk foto2 untuk dikongsi bersama ianya adalah sangat dialu-alukan untuk diposting ke blog ini untuk makluman bersama.


Sekian, Salam hormat.
Hana

No comments:

Post a Comment