Sunday, May 1, 2011

Re-Union Bekas Pelajar2 'Pioneer' SMK Meru '81~'83

Pertemuan pertama, 4 sahabat (terdahulu saya bertemu Najiha pada 4.4.2011 di Jusco Seremban jam 2.40 pm) selepas 26 tahun 'menghilang' diri.. Saya Najiha, Rosanizah & Maimunah bertemu di Sri M'sia Seremban pada 16.4.2011 pada jam 3pm. Mereka sanggup datang all the way from Selangor untuk bertemu kami di N. Sembilan..t.ksh banyak2..(touching2.. :'( .

Pertemuan pertama berbincang secara serius utk mengadakan Re-Union pada 9hb (Sabtu) Julai 2011. Terdahulu dari itu ada juga saya dan Normiah cuba utk mengadakan Re-u tetapi pada ketika itu ramai rakan2 tidak dapat dihubungi..Alhamdulillah pada ketika ini walaupun tidak ramai tetapi ada beberapa rakan lama dapat dihubungi melalui 'mouth to mouth'. Mudah2an selepas ini lebih ramai lagi rakan2 yang akan dapat dihubungi.









Ikhtiar saya yang ke 2 cuba utk mengiklankan di akhbar arus perdana dan Alhmdulillah (En. Othman dari Utusan) memberi peluang dan laluan utk iklan dibawah dipublish selama 2 hari iaitu pada 29hb dan 30hb April, 2011.












Walaupun saya terpaksa 'mengorbankan' no hp peribadi saya dan menerima banyak 'junk' call daripada mereka2 yang 'nakal', tetapi demi untuk menemukan sahabat2 lama saya lakukan itu.
Harap ianya berbaloi..

No comments:

Post a Comment